SAYA DAPAT NYAWA BARU (Part1)

Suatu petang, pada 23 Januari 2026 lalu, saya berpeluang berjumpa dengan seorang pemandu yang jujur bercerita kisah peribadinya dengan saya.

Kisah yang diceritakan mungkin bersahaja, namun ada sesuatu yang saya amati mampu memberi kesedaran kepadanya.

“En Lee, sebelum buat grab kerja apa sebelum ini?” Sapa saya selepas beberapa lama melabuhkan diri di tempat duduk bersebelahan dengan pemandu Grab.

Saya biarkan isteri saya berada di belakang untuk memudahkan anak saya melunjurkan kaki kalau nak tidur.

“Saya kerja kontraktor, bahagian wiring elektrik di jalan”. Balasnya dengan senyuman ikhlas.

“Hmm, dah tak kerja lagi ye?” tanya saya.

“Dah lama dah berhenti, accident” jawabnya.

“Saya berhenti selepas koma, daripada accident tu saya jadi koma. Saya koma 3 bulan lebih. Keluarga saya cakap saya koma lebih 3 bulan, tapi saya tak percaya sebab setahu saya saya koma hanya sehari”. Tambah beliau dengan panjang lebar.

“Oh, lama juga koma ye?” Balas saya tanda saya faham dengan apa yang di terangnya.

“Ya, lama. Yang paling penting adalah saya ni macam gali kubur sendiri dan tanam diri sendiri”, tambah En Lee dengan muka separa suram.

“Apa maksud gali kubur sendiri tanam diri sendiri?” tambah saya kehairanan.

“Itula tu bang, hari-hari saya minum (arak). Hari -hari saya habis duit hisap rokok. Sampaikan accident pun sebab minum. Saya mabuk” tambah En Lee, yang faham saya belum menangkap dengan apa yang dimaksudkannya dengan “gali sendiri” tu.

“Oo, baru saya faham” balas saya dengan lega.

“Bang, orang lain ingat kemalangan sesuatu yang tragedi, kemalangan bagi saya adalah sesuatu yang baik untuk saya” balas En Lee dengan menunjukkan ibu jari ke atas kepada saya tanda baik.

“Disebabkan saya koma, saya mula berubah. Tingkahlaku lama yang tak baik, saya hentikan serta merta”
kata-kata Lee memberi saya satu kesedaran.

*sambung ke Part 2

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *