Saya cuba amati kembali kata-kata En Lee.
“Kemalangan sesuatu yang baik?” tanya saya kepada En Lee.
“Ya bang, mana taknya, sebab saya accident saya berubah!” balas En Lee dengan yakin dan bersemangat.
“Saya dulu kaki minum arak, kaki hisap rokok berkotak- kotak rokok sehari. Bayangkan tiga kotak rokok sehari. Dan satu bundle tin arak untuk dia seminggu sahaja”, tambahnya lagi.
Baru saya faham erti sebenar minum dan amalan menghisap rokok En Lee.
Berkotak-kotak rokok dan berkaton arak. Saya tak tahu bab ni sebab saya sendiri pun tidak merokok.
“Begini ceritanya bang” terang En Lee lagi.
“Saya mampu berhenti secara tiba-tiba sebab ini” sapa En Lee sekali lagi sambil menunjukkan satu parut tu lehernya.
Ada satu parut kesan luka di leher bahagian halkumnya.
“Suatu hari bang, saya sembuh daripada koma. Peristiwa ini berlaku 10 tahun lalu. Semasa saya keluar dari toilet di wad saya duduk, saya terlihat satu parut luka yang berada di leher saya”.
Parut tersebut adalah satu bahagian kecil pada leher yang ditebuk Doktor untuk memasukkan oksigen. Saya faham kerana arwah ayah saya, juga pernah ada parut di leher semasa rawatan koma juga.
“Apabila saya lihat kesan luka di leher saya, timbul satu perasaan takut dalam hati saya” terang En Lee tanpa segan silu.
“Orang lain akan berubah dengan pelbagai cara. Terutamanya berhenti rokok. Saya berubah apabila saya lihat luka di leher saya yang menakutkan saya. Bang, dengan ketakutan itulah saya lupakan terus hisap rokok dan minum arak” sambung En Lee dengan perasaan lega.
“Menarik kisah kamu”ujar saya kepada En Lee.
Sambung Part 3

Gambar saya bersama En Lee Kim Ching dalam kereta Grab nya.
p.s. saya sempat juga dapatkan kebenaran untuk saya siarkan kisahnya di sini.