Blog

  • Apa mimpi anda semalam?

    Alhamdulillah, hari ni kita dipanjangkan umur lagi.

    Mulakan hari anda dengan niat yang baik-baik dulu….

    Niat juga kan satu doa…

    Dah bangun tido ni, apa pula yang anda mimpikan semalam ye?

    ****************************************

    Adakah anda mimpikan impian anda?

    Adakah anda mimpikan sesuatu yang menakutkan?

    ****************************************

    “Mimpi akan bertukar menjadi matlamat jika disusuli dengan langkah-langkah untuk mencapainya”

    – Bo Bennett

    ****************************************

    Jadikanlah mimpi-mimpi boleh dicapai dengan memulakan sesuatu langkah..

    Langkah seribu bermula dengan langkah pertama…

    Apakah langkah pertama yang anda nak lakukan hari ni?

  • KUASA MENULIS

    Menulis merupakan salah satu cara untuk meluahkan idea,

    Menulis juga adalah salah satu cara untuk menambah idea,

    Menulis juga adalah satu cara memperbetulkan idea sebelum ini,

    ********

    ANDA BANYAK BERFIKIR?

    =====

    Adakah anda mempunyai seribu macam perkara yang hendak difikirkan?

    Tak tahu bagaimana nak menyusun pemikiran?

    Mulalah menulis sesuatu….ini kerana….

    *******

    “Sesungguhnya terdapat beribu-ribu perkara dalam fikiran seseorang dan dia tidak akan menyedarinya sehinggalah dia mengambil pen dan menulisnya”

    – William Makepeace Thackeray

    ********

    Jadi, kepada sesiapa yang sedang memikirkan banyak perkara, tulislah sesuatu kerana anda akan menyedari apa 1001 perkara yang sedang difikirkan.

    Marilah kita uruskan pemikiran dengan menulis….

    Ini cuma cadangan je…🙂

    ********

    ADAKAH ANDA MINAT MENULIS?

    =====

    Sebelum tu, ada tak sesiapa yang sedang belajar menulis, sedang menulis, dan telahpun menulis di sini?

    Mungkin ada yang suka menulis di FB,

    Mungkin ada yang suka menulis di blog,

    Mungkin ada yang suka menulis buku,

    Mungkin ada yang menulis artikel,

    Ataupun, ada yang tak suka menulis langsung???? 🙂 Mungkinkah anda adalah salah seorang daripada golongan ini?

  • SIAPAKAH PENASIHAT TERBAIK ANDA?

    Selamat hujung minggu semua…

    Untuk mencapai sesuatu perkara, seseorang boleh melakukan sendiri ataupun melalui nasihat orang lain.

    Tahukah anda siapakah penasihat terbaik yang boleh menasihati anda sekiranya anda perlukan nasihat?

    Jika ditanya setiap orang, pasti akan banyak jawapan yang bakal diperolehi..

    Jika anda terjumpa seorang penasihat terbaik, pasti anda akan gembira..

    Saya ingin memperkenalkan seorang penasihat yang terbaik yang mungkin anda pernah jumpa…

    **************

    Kita berkenalan dengan penasihat tersebut

    ==============

    # Penasihat tersebut memberikan nasihat dengan sepenuh hatinya.

    # Penasihat tersebut memberi nasihat dengan kata-kata yang dekat dengan hati anda.

    # Penasihat tersebut sangat-sangat mengenali diri anda.

    ****************

    Siapakah penasihat anda yang bertuah itu?

    Jawapannya ada didalam kata-kata ini….

    ***********

    ” Tidak ada siapa yang boleh memberikan nasihat yang lebih baik kepada anda, selain  daripada diri anda sendiri”

    – Marcus Tullius Cicero

    *************

    Jadi, ada sesiapa yang menjumpai jawapannya?

    Ataupun anda ada jawapan selain jawapan yang dijumpai…

    Anda nak share sesuatu….Dipersilakan untuk komen berkenaan ‘penasihat anda’

  • Tip motivasi daripada filem Kuch Kuch Hota Hai

    Sumber gambar: Wikipedia

    Bayangkan sebuah filem yang sudah lebih 28 tahun usianya, tetapi masih berulang kali diputar di televisyen.

    Setiap kali disiarkan, masih ada penonton yang duduk menonton sampai habis.

    Itulah kuasa Kuch Kuch Hota Hai.

    Filem ini bukan sekadar popular.

    Ia menyapu bersih lapan kategori utama dalam Anugerah Filmfare 1999 , termasuklah Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik.

    Namun ada satu fakta yang jarang orang fikirkan.
    Ketika filem ini dihasilkan, Karan Johar baru berusia 26 tahun.

    Dan itu adalah filem pertamanya sebagai pengarah.

    Beliau bukan pengarah berpengalaman.
    Bukan pakar teknikal.
    Bukan “orang besar” dalam dunia pengarahan ketika itu.

    Malah, Shahrukh Khan sendiri pernah menceritakan bahawa Karan masih kurang pengetahuan teknikal ketika pembikinan filem tersebut.

    Ada perkara yang pelakon terpaksa bantu ajarkan kepada pengarah.

    Shah Rukh berkata:

    “Karan makes no bones of the fact that his technical knowledge of filmmaking was not at its peak when he made the biggest hit of the decade.”

    Maksudnya, Karan sendiri mengakui bahawa kemahirannya belum berada di tahap terbaik ketika menghasilkan filem paling meletup pada dekad itu.

    Sekarang cuba fikirkan satu perkara.


    Bagaimana kalau Karan menunggu?

    Menunggu sampai cukup hebat.
    Menunggu sampai semua ilmu lengkap.
    Menunggu sampai semua perkara terasa “sempurna”.

    Kemungkinan besar, filem itu tidak akan pernah wujud.

    Inilah pelajaran yang tersembunyi di sebalik kejayaan Kuch Kuch Hota Hai:


    Kejayaan tidak menunggu kesempurnaan.
    Kejayaan datang kepada mereka yang berani bermula walaupun belum cukup bersedia.

    Ramai orang hari ini terperangkap dalam perangkap yang sama:


    Nak tunggu kursus habis.
    Nak tunggu ilmu cukup.
    Nak tunggu yakin sepenuhnya.
    Nak tunggu masa yang “sesuai”.

    Akhirnya… tidak buat apa-apa.

    Sebenarnya, anda tidak perlu tahu semuanya untuk bermula.
    Anda hanya perlu tahu cukup untuk melangkah.

    Ambil ilmu asas.
    Faham perkara penting.
    Kemudian bertindak.

    Bukan belajar tanpa henti.
    Bukan kumpul kursus sampai berpuluh.
    Bukan tunggu rasa sempurna.

    Sebaliknya:


    Bersedia sedikit. Bertindak dahulu. Betulkan kemudian.

    Ready. Fire. Aim.

    Kesilapan itu normal.
    Kesilapan itu guru.
    Kesilapan itu sebahagian daripada proses.

    Lebih baik jatuh kerana bertindak,
    daripada berdiri kaku kerana takut silap.

    Kalau jatuh, bangun semula.
    Sapu habuk di pakaian.
    Dan teruskan berjalan.

    Jadi, soalan paling penting sekarang:


    Apakah “Kuch Kuch Hota Hai” dalam hidup anda?

    Idea yang anda tangguhkan?
    Impian yang anda simpan?
    Projek yang anda asyik fikir tetapi belum bermula?

    Mungkin sekarang bukan masa yang sempurna.

    Tapi mungkin… sekaranglah masa yang tepat untuk bermula.

  • ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN

    Pemikiran yang baik menghasilkan sesuatu yang baik.

    Pemikiran yang kurang baik meghasilkan sesuatu yang juga kurang baik.

    **********************

    Pemikiran seseorang adalah antara penyebab kepada apa yang berlaku kepadanya.

    Jika diizinkan olehNya, setiap apa yang kita fikirkan akan memberi kesan imbal balas kepada kita, baik pun benda baik atau sebaliknya.

    Saya masih ingat lagi satu kata-kata yang berbunyi seakan begini…

    *********************

    “Jika anda fikirkan anda boleh lakukan, anda pasti boleh,

    Jika anda fikirkan anda seorang yang kalah, anda pasti gagal”

    **********************

    Untuk itu saya terfikir bahawa pemikiran kita boleh memberi kebaikan dan keburukan kepada kita.

    Kita ikuti juga kisah petani ini…

    *********************

    KISAH DUA PETANI BERKEBUN

    ********************

    PETANI 1

    Seorang petani diberikan sebidang tanah hasil tanah pusaka keluarga, yang mana tiada kos perlu diambil kira.

    Dengan keadaan yang serba selesa, petani tersebut ambil tak kisah dengan ladangnya.

    Malahan beliau memilih  benih untuk ditanam pun, dengan memilih benih yang murah.

    Pembajaan, kadangkala dilakukan, kadangkala tidak dilakukan.

    Apabila tiba musim menuai, diidapati hasilnya kurang.

    Beliau menyalahkan mula menyalahkan takdir, salahkan cuaca, salahkan tanah dan macam-macam lagi.

    PETANI2

    Petani ini diberikan sebidang tanah yang hanya cukup untuk berkebun.

    Apa yang penting bagi beliau adalah kesungguhan untuk menanam sesuatu.

    Beliau memilih biji benih paling baik dan memilihnya dengan barhati-hati

    Setiap pagi beliau membajak, menyiram dan memerhatikan apa yang akan menyerang tanamannya.

    Beliau tahu yang tanamannya memerlukan penjagaan rapi.

    Hari-hari dipantaunya.

    Bila tiba masa membaja beliau membaja dengan baik sekali. Tidak kurang dan tidak pula terlebih baja.

    Sampai masa yang ditunggu, hasil yang diperolehi memberi keuntungan berganda kepadanya.

    Beliau amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menghasilkan sesuatu.

    ***********************

    PENGAJARAN

    Begitu jugalah minda kita.

    Tanah pada petani tersebut adalah seperti minda kita.

    Benih yang ditanam adalah seperti apa yang kita fikirkan.

    Petani yang rajin menyiram umpama, usaha yang kita lakukan untuk menjadikan kita lebih baik.

    Anda dapat ‘sesuatu’ daripada cerita ini?

    Jom kita komen sesuatu…🙂

    Kalau nak share dipersilakan…

  • KUASA SATU IMPIAN

    Setiap orang di dunia ini inginkan sesuatu.

    Apa yang diingini oleh seseorang dipanggil impian.

    Ada sesuatu impian itu besar,

    dan ada sesetengah impian itu kecil.

    ***************

    Adakah matlamat yang anda pernah idam-idamkan masa kecil dulu dicapai pada masa ini?

    ***************

    Jika tercapai, agak-agak apa sebabnya anda memcapainya?

    Jika belum mencapainya, apakah pula penyebabnya?

  • KUASA MENCUBA

    Berapa kalikah anda mencuba berusaha?

    Berapa kali juga anda mencuba tetapi tidak nampak hasilnya?

    Berapa kali anda mencuba tetapi akhirnya anda berjaya?

    *******

    JANGAN BERPUTUS ASA

    =====

    Untuk berjaya, perlukan kuasa untuk mencuba.

    Untuk mendapatkan apa saja, perlukan mencuba.

    Jadi, usah berputus asa walaupun untuk mencuba kerana langkah pertama adalah langkah paling susah untuk dilakukan dan ianya ada kaitan dengan apa yang disebut sebagai..

    ****

    RAHSIA MENCUBA

    ******

    Anda nak tahu potensi anda? cubalah melakukan sesuatu…

    *****

    “Tidak ada sesiapa yang tahu apakah yang boleh dilakukan pleh seseorang sehinggalah dia mencubanya”

    – Publilius Syrus

    ******

    ANDA DAN RAHSIA MENCUBA

    ====

    Adakah anda sedang mencuba untuk mencapai sesuatu?

    Adakah anda mencuba dan nak mencuba sesuatu?

    Jika anda nak komen sesuatu…anda pun boleh cuba untuk komen sesuatu di bawah.

  • SAYA DAPAT NYAWA BARU (Part 2)

    Saya cuba amati kembali kata-kata En Lee.

    “Kemalangan sesuatu yang baik?” tanya saya kepada En Lee.

    “Ya bang, mana taknya, sebab saya accident saya berubah!” balas En Lee dengan yakin dan bersemangat.

    “Saya dulu kaki minum arak, kaki hisap rokok berkotak- kotak rokok sehari. Bayangkan tiga kotak rokok sehari. Dan satu bundle tin arak untuk dia seminggu sahaja”, tambahnya lagi.

    Baru saya faham erti sebenar minum dan amalan menghisap rokok En Lee.

    Berkotak-kotak rokok dan berkaton arak. Saya tak tahu bab ni sebab saya sendiri pun tidak merokok.

    “Begini ceritanya bang” terang En Lee lagi.

    “Saya mampu berhenti secara tiba-tiba sebab ini” sapa En Lee sekali lagi sambil menunjukkan satu parut tu lehernya.

    Ada satu parut kesan luka di leher bahagian halkumnya.

    “Suatu hari bang, saya sembuh daripada koma. Peristiwa ini berlaku 10 tahun lalu. Semasa saya keluar dari toilet di wad saya duduk, saya terlihat satu parut luka yang berada di leher saya”.

    Parut tersebut adalah satu bahagian kecil pada leher yang ditebuk Doktor untuk memasukkan oksigen. Saya faham kerana arwah ayah saya, juga pernah ada parut di leher semasa rawatan koma juga.

    “Apabila saya lihat kesan luka di leher saya, timbul satu perasaan takut dalam hati saya” terang En Lee tanpa segan silu.

    “Orang lain akan berubah dengan pelbagai cara. Terutamanya berhenti rokok. Saya berubah apabila saya lihat luka di leher saya yang menakutkan saya. Bang, dengan ketakutan itulah saya lupakan terus hisap rokok dan minum arak” sambung En Lee dengan perasaan lega.

    “Menarik kisah kamu”ujar saya kepada En Lee.

    Sambung Part 3

    Gambar saya bersama En Lee Kim Ching dalam kereta Grab nya.

    p.s. saya sempat juga dapatkan kebenaran untuk saya siarkan kisahnya di sini.

  • SAYA DAPAT NYAWA BARU (Part1)

    Suatu petang, pada 23 Januari 2026 lalu, saya berpeluang berjumpa dengan seorang pemandu yang jujur bercerita kisah peribadinya dengan saya.

    Kisah yang diceritakan mungkin bersahaja, namun ada sesuatu yang saya amati mampu memberi kesedaran kepadanya.

    “En Lee, sebelum buat grab kerja apa sebelum ini?” Sapa saya selepas beberapa lama melabuhkan diri di tempat duduk bersebelahan dengan pemandu Grab.

    Saya biarkan isteri saya berada di belakang untuk memudahkan anak saya melunjurkan kaki kalau nak tidur.

    “Saya kerja kontraktor, bahagian wiring elektrik di jalan”. Balasnya dengan senyuman ikhlas.

    “Hmm, dah tak kerja lagi ye?” tanya saya.

    “Dah lama dah berhenti, accident” jawabnya.

    “Saya berhenti selepas koma, daripada accident tu saya jadi koma. Saya koma 3 bulan lebih. Keluarga saya cakap saya koma lebih 3 bulan, tapi saya tak percaya sebab setahu saya saya koma hanya sehari”. Tambah beliau dengan panjang lebar.

    “Oh, lama juga koma ye?” Balas saya tanda saya faham dengan apa yang di terangnya.

    “Ya, lama. Yang paling penting adalah saya ni macam gali kubur sendiri dan tanam diri sendiri”, tambah En Lee dengan muka separa suram.

    “Apa maksud gali kubur sendiri tanam diri sendiri?” tambah saya kehairanan.

    “Itula tu bang, hari-hari saya minum (arak). Hari -hari saya habis duit hisap rokok. Sampaikan accident pun sebab minum. Saya mabuk” tambah En Lee, yang faham saya belum menangkap dengan apa yang dimaksudkannya dengan “gali sendiri” tu.

    “Oo, baru saya faham” balas saya dengan lega.

    “Bang, orang lain ingat kemalangan sesuatu yang tragedi, kemalangan bagi saya adalah sesuatu yang baik untuk saya” balas En Lee dengan menunjukkan ibu jari ke atas kepada saya tanda baik.

    “Disebabkan saya koma, saya mula berubah. Tingkahlaku lama yang tak baik, saya hentikan serta merta”
    kata-kata Lee memberi saya satu kesedaran.

    *sambung ke Part 2

  • Selamat datang

    Selamat datang saya ucapkan.

    Nama saya Zaini Nanyan.

    Saya akan berkongsi berkenaan maklumat pembangunan diri.

    Semoga anda mencapai apa yang anda hajati.

    Salam Perkenalan. Selamat bersilaturahim.

    Zaini Nanyan

    https://linktr.ee/zaininanyan