Tip motivasi daripada filem Kuch Kuch Hota Hai

Sumber gambar: Wikipedia

Bayangkan sebuah filem yang sudah lebih 28 tahun usianya, tetapi masih berulang kali diputar di televisyen.

Setiap kali disiarkan, masih ada penonton yang duduk menonton sampai habis.

Itulah kuasa Kuch Kuch Hota Hai.

Filem ini bukan sekadar popular.

Ia menyapu bersih lapan kategori utama dalam Anugerah Filmfare 1999 , termasuklah Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Namun ada satu fakta yang jarang orang fikirkan.
Ketika filem ini dihasilkan, Karan Johar baru berusia 26 tahun.

Dan itu adalah filem pertamanya sebagai pengarah.

Beliau bukan pengarah berpengalaman.
Bukan pakar teknikal.
Bukan “orang besar” dalam dunia pengarahan ketika itu.

Malah, Shahrukh Khan sendiri pernah menceritakan bahawa Karan masih kurang pengetahuan teknikal ketika pembikinan filem tersebut.

Ada perkara yang pelakon terpaksa bantu ajarkan kepada pengarah.

Shah Rukh berkata:

“Karan makes no bones of the fact that his technical knowledge of filmmaking was not at its peak when he made the biggest hit of the decade.”

Maksudnya, Karan sendiri mengakui bahawa kemahirannya belum berada di tahap terbaik ketika menghasilkan filem paling meletup pada dekad itu.

Sekarang cuba fikirkan satu perkara.


Bagaimana kalau Karan menunggu?

Menunggu sampai cukup hebat.
Menunggu sampai semua ilmu lengkap.
Menunggu sampai semua perkara terasa “sempurna”.

Kemungkinan besar, filem itu tidak akan pernah wujud.

Inilah pelajaran yang tersembunyi di sebalik kejayaan Kuch Kuch Hota Hai:


Kejayaan tidak menunggu kesempurnaan.
Kejayaan datang kepada mereka yang berani bermula walaupun belum cukup bersedia.

Ramai orang hari ini terperangkap dalam perangkap yang sama:


Nak tunggu kursus habis.
Nak tunggu ilmu cukup.
Nak tunggu yakin sepenuhnya.
Nak tunggu masa yang “sesuai”.

Akhirnya… tidak buat apa-apa.

Sebenarnya, anda tidak perlu tahu semuanya untuk bermula.
Anda hanya perlu tahu cukup untuk melangkah.

Ambil ilmu asas.
Faham perkara penting.
Kemudian bertindak.

Bukan belajar tanpa henti.
Bukan kumpul kursus sampai berpuluh.
Bukan tunggu rasa sempurna.

Sebaliknya:


Bersedia sedikit. Bertindak dahulu. Betulkan kemudian.

Ready. Fire. Aim.

Kesilapan itu normal.
Kesilapan itu guru.
Kesilapan itu sebahagian daripada proses.

Lebih baik jatuh kerana bertindak,
daripada berdiri kaku kerana takut silap.

Kalau jatuh, bangun semula.
Sapu habuk di pakaian.
Dan teruskan berjalan.

Jadi, soalan paling penting sekarang:


Apakah “Kuch Kuch Hota Hai” dalam hidup anda?

Idea yang anda tangguhkan?
Impian yang anda simpan?
Projek yang anda asyik fikir tetapi belum bermula?

Mungkin sekarang bukan masa yang sempurna.

Tapi mungkin… sekaranglah masa yang tepat untuk bermula.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *