Category: Maklumat umum

  • Misteri nak jadi penulis tapi belumpun memulakan sesuatu?

    Alhamdulillah, saya terpanggil untuk menulis sesuatu hari ini.

    Saya dihujani pelbagai soalan berkaitan menulis buku apabila mengetahui saya menulis buku.

    Ada yang bertanya kepada saya

    ***************************

    ”macamana nak menulis?”

    ***************************

    Satu soalan mudah, tetapi…. kalau saya menganggapnya mudah, sudah pasti soalan tu akan diabaikan kan? Saya cuba merungkai sedikit kekusutan anda.

    Dalam masa yang sama, memang mudah jika saya memberi tip menulis, sebaliknya saya tidak akan berbuat demikian, tetapi saya akan memberikan sedikit motivasi diri untuk menulis kepada sesiapa yang berminat untuk menulis.

    Ianya berdasarkan pengalaman saya dan sedikit ilmu yang saya perolehi sepanjang saya menulis.

    Dalam artikel ini saya ingin memaklumkan bahawa kejayaan anda sebagai seorang penulis tidak akan dicapai sekiranya anda masih tidak mengetahui sesuatu yang paling penting SEBELUM anda memulakan untuk melangkah merealisasikan cita-cita anda menjadi penulis.

    Sungguhpun saya tahu, banyak rahsia untuk menjadi penulis, saya agak anda tidak akan berjaya sepenuhnya apabila anda tidak mengetahui perkara utama yang anda mesti selesaikan sebelum anda memulakan penulisan anda.

    Anda boleh menggunakan pelbagai tip menulis untuk menyempurnakan penulisan sesebuah buku.

    Anda boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mencapai hasrat anda itu.

    Akan tetapi sekiranya anda tidak memahami SATU PERKARA  ini, anda pasti tidak akan mencapai apa-apa sekiranya anda telahpun berusaha seberapa banyak tenaga anda.

    Seseorang penulis yang tidak berjaya mempunyai karakter berlainan dengan seseorang penulis yang berjaya.

    Penghijrahan seseorang daripada seorang yang kurang menulis kepada seorang yang bergelar penulis memerlukan kekuatan fizikal dan juga kekuatan minda ataupun rohani.

    Kekuatan fizikal adalah mudah dikawalkerana sekiranya anda mempunyai fizikal yang sihat, anda pasti berkemungkinan besar akan berjaya.

    Apa yang menjadi masalah utamanya adalah masalah berkaitan minda anda.

    Jadi, saya ingin anda tumpukan terhadap masalah utama ini dan masalah utama ini adalah SATU PERKARA penting tersebut.

    Saya ingin memberitahu anda bahawa info ini adalah berkaitan dengan masalah memprogram minda anda dengan betul.

    Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan SATU PERKARA tersebut? SATU PERKARA yang anda mesti ketahui sebelum anda menulis adalah:

    ************************************

    Anda mestilah mengatasi dan MENYELESAIKAN KONFLIK dalaman atau diri anda SEBELUM anda memulakan penulisan anda!

    ************************************

    Adalah menjadi kewajipan anda  untuk menghentikan sebarang konflik diri untuk menjadi penulis.

    Ini kerana, tiada gunanya juga sekiranya anda ingin mencapai kejayaan, dalam masa yang sama anda ingin bermalas-malasan.

    Ia umpama anda inginkan kejayaan tetapi dalam masa yang sama anda ingin mempraktikkan amalan yang membawa kegagalan anda merealisasikan menjadi penulis.

    Tinggalkan habit lama anda dan gantikan habit baru anda. Berdasarkan pengalaman saya, apa yang saya lakukan adalah membebaskan sebarang gangguan daripada anda menulis dengan lancar.

    Apabila konflik diri diatasi, anda akan mudah untuk mempraktikkan habit menulis. Apa yang saya lakukan semasa ingin menjadi penulis dulu pada awal tahun 2010, adalah dengan selalu menulis sehari satu mukasurat. Ya, saya hanya menulis satu mukasurat setiap hari.

    Ini dipanggil kuasa istiqamah.

    Inilah juga dinamakan sebagai menggantikan habit lama yang tidak berkualiti dengan habit baru yang lebih hebat.

    Keadaan ini disebabkan anda seringkali telah diprogramkan dengan persekitaran yang membuatkan anda tidak boleh menjadi penulis.

    Jadi, jangan anda biarkan persekitaran menentukan siapa anda, sebaliknya anda menentukannya. Anda sebenarnya boleh melakukannya.

    Jangan risau, saudara saudari sekalian, saya tidak akan membiarkan perkara ini berterusan kepada anda kerana anda berhak berjaya.

    *Jemput share jika anda rasa info ni boleh membantu rakan-rakan anda.

  • Apa mimpi anda semalam?

    Alhamdulillah, hari ni kita dipanjangkan umur lagi.

    Mulakan hari anda dengan niat yang baik-baik dulu….

    Niat juga kan satu doa…

    Dah bangun tido ni, apa pula yang anda mimpikan semalam ye?

    ****************************************

    Adakah anda mimpikan impian anda?

    Adakah anda mimpikan sesuatu yang menakutkan?

    ****************************************

    “Mimpi akan bertukar menjadi matlamat jika disusuli dengan langkah-langkah untuk mencapainya”

    – Bo Bennett

    ****************************************

    Jadikanlah mimpi-mimpi boleh dicapai dengan memulakan sesuatu langkah..

    Langkah seribu bermula dengan langkah pertama…

    Apakah langkah pertama yang anda nak lakukan hari ni?

  • KUASA MENULIS

    Menulis merupakan salah satu cara untuk meluahkan idea,

    Menulis juga adalah salah satu cara untuk menambah idea,

    Menulis juga adalah satu cara memperbetulkan idea sebelum ini,

    ********

    ANDA BANYAK BERFIKIR?

    =====

    Adakah anda mempunyai seribu macam perkara yang hendak difikirkan?

    Tak tahu bagaimana nak menyusun pemikiran?

    Mulalah menulis sesuatu….ini kerana….

    *******

    “Sesungguhnya terdapat beribu-ribu perkara dalam fikiran seseorang dan dia tidak akan menyedarinya sehinggalah dia mengambil pen dan menulisnya”

    – William Makepeace Thackeray

    ********

    Jadi, kepada sesiapa yang sedang memikirkan banyak perkara, tulislah sesuatu kerana anda akan menyedari apa 1001 perkara yang sedang difikirkan.

    Marilah kita uruskan pemikiran dengan menulis….

    Ini cuma cadangan je…🙂

    ********

    ADAKAH ANDA MINAT MENULIS?

    =====

    Sebelum tu, ada tak sesiapa yang sedang belajar menulis, sedang menulis, dan telahpun menulis di sini?

    Mungkin ada yang suka menulis di FB,

    Mungkin ada yang suka menulis di blog,

    Mungkin ada yang suka menulis buku,

    Mungkin ada yang menulis artikel,

    Ataupun, ada yang tak suka menulis langsung???? 🙂 Mungkinkah anda adalah salah seorang daripada golongan ini?

  • Selamat datang

    Selamat datang saya ucapkan.

    Nama saya Zaini Nanyan.

    Saya akan berkongsi berkenaan maklumat pembangunan diri.

    Semoga anda mencapai apa yang anda hajati.

    Salam Perkenalan. Selamat bersilaturahim.

    Zaini Nanyan

    https://linktr.ee/zaininanyan